Event How to Make Flip Flop
Selipar jepun. Ya itulah namanya. Apa kaitan selipar jepun dengan negera Jepun yang turut dikenali Negara Matahari Terbit itu? Adakah selipar jepun berasal dari Jepun negara maju yang pernah menyerang dan menduduki Tanah Melayu pada era Perang Dunia Kedua dahulu?
Asal-usul penggunaan perkataan ‘selipar jepun’ sehingga kini tidak dapat dipastikan. Selipar yang ada pada hari ini sebenarnnya sudah lama digunakan di Tanah Melayu sebelum kedatangan Jepun lagi.
Menariknya, selipar jepun yang ada di pasaran Malaysia sekarang ini bukan dibuat di Jepun.
Bahkan di Jepun, perkataan japanese slipper (selipar jepun) sebenarnya adalah ‘mix drink’ atau pun arak yang dicampur dengan manisan.
Sejarah penggunaan selipar telah digunakan bermula sejak manusia zaman kuno lagi. Mereka mengguna kulit binatang untuk menutupi bahagian tapak kaki dan kaki.
Selipar bentuk macam selipr jepun dipanggil "flip-flops" atau jenis sandal terbuka. Asalnya ia dari kain tenunan. Sebelum Perang Dunia Kedua, ia telah banyak digunakan oleh penduduk di New Zealand. Pun begitu, ia dipercayai bukan berasal dari New Zealand.
Selepas Peperangan Dunia Kedua, fesyen selipar ini telah dipopularkan oleh tentera Amerika yang pulang dari kawasan Pasifik. Setelah sedekad, perbuatannya mula berubah dari kain tenunan kepada plastik.
Pada tahun 1950-an, satu rekacorak baru telah direka dan dipaternkan oleh Morris York pada 1957 di Auckland New Zealand. Namun, tuntutan ini baru-baru ini dpertikaikan oleh anak-anak John Cowie.
John Cowie adalah seorang pengusaha berbangsa Inggeris yang memulakan perniagaan plastik di Hong Kong selepas perang. Anak-anaknya mendakwa bahawa Cowie mula menghasilkan selipar versi plastik di akhir 1940-an di mana Yock dari New Zealand hanya sebagai pengimport selipar tersebut.
Menurut anak-anak Cowie juga, ayah mereka menggunakan nama 'jandal' iaitu nama singkatan dari 'japanese sandal' atau 'selipar jepun'. John Cowie dan keluarganya dikatakan telah berpindah ke New Zealand pada tahun 1950-an.
Kata 'jandal' telah digunakan di New Zealand sebagai merujuk kepada jenis sandal jepun tersebut, jenama "Jandal" telah digunapakai secara kormisyel oleh Syarikat Skellerup.
Jandal yang pertama dikeluarkan oleh syarikat Skellerup adalah pada saingan Dunlop dalam tahun 1960. Di luar negara New Zealand, jandal dikenali dengan pelbagai nama.
Di Australia ia dikenali sebagai "thongs" di mana ia menjadi porpular setelah diguna oleh pasukan renang Olimpik Australia pada temasya Sukan Olimpik Melbourne pada 1956.